“Alhamdulillah Allah Beri Saya Peluang Dapat Zuriat Kali Ke-3” – Azrinaz Umum Kehamilan!

Personaliti terkenal tanah air, Azrinaz Mazhar Hakim mengumumkan kini hamil enam bulan menerusi kemas kini terbaharu dalam laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

‎ ‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham – Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi… Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ke-3 – Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu – Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi – With great pleasure, I would like to share the news which we have not shared publicly before. Alhamdulilah, I have passed the 2nd trimester of my pregnancy. Thank you to our parents, friends, and everyone who has always be close to my heart for God gives me the chance to have another baby; for the 3rd time in my life – With His willings, this baby conceived without the help of any modern technology. But I must admit that being pregnant at this ‘not-so-young’ age is not easy as I was, 11 years ago – My hope that you will always pray for the health of my 6-month-old baby and me and insyallah the baby will be born healthy and normal without any complications. So, ladies and gentlemen, I’m pregnant! #onespermhassucceeded

Siaran dikongsi oleh Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) pada

“Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham

“Di kesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telah pun melepasi trimester ke-2.

“Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi. Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ke-3,” luahnya.

Azrinaz juga mendedahkan kehamilan tersebut bukan mudah baginya kerana hamil pada usianya yang kini menjengah 40 tahun.

Justeru Azrinaz memohon orang ramai agar turut mendoakan kesihatannya bersama bayi dalam kandungan supaya menjalani proses kehamilan dengan baik.

“Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.

“Diharapkan semoga kandungan yang berusia enam bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi,” kongsinya kepada umum.

Azrinaz yang juga bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkahwin dengan Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

Terdahulu beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin pada 2005 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan sepasang cahaya mata Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.

Tahniah Azrinaz dan suami, semoga proses kehamilan dipermudahkan dan bersalin dengan selamat nanti. 

 

Sumber: beritasteady


Hantar Komen