Pilih Tema Bollywood Untuk Malam Berinai, Elfira Loy Menawan Macam Bintang Hindustan.

Umum mengetahui pelakon Elfira Loy dan pasangannya Khairol Faris Anuar telah melangsungkan pernikahan mereka semalam.

Malam Isnin, telah berlangsungnya malam berinai yang diadakan di Cyberview Resort, Cyberjaya.

Majlis yang bertemakan Bollywood itu diadakan dengan meriah meskipun ia hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekatnya.

Elfira kelihatan sangat cantik dan berseri-seri apabila menggayakan sari berona kuning dan merah pada malam itu.

Bella Dally dan Sweet Qismina turut hadir memeriahkan majlis.

Jom kita tengok beberapa foto yang dikongsi di laman sosial Instagram ini. Serius Elfira sangat cantik macam bintang Hindustan!

Elfira Loy diijabkabul pagi Tahun Baru

Pelakon Elfira Loy kini bergelar isteri kepada Khairol Faris Anuar.

Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, pasangan itu selamat diijabkabulkan pagi tadi (1 Jan). Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Elfira menerusi catatan Instagramnya.

Elfira, 24 tahun, sebelum ini tidak menguar-uarkan tentang hubungannya dengan Khairol Faris selepas putus tunang awal tahun lalu.

Hanya kebelakangan ini, Elfira mengongsi gambar-gambarnya dengan Khairol Faris, termasuk ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan selebriti Indonesia, Baim Wong.

Adik Elfira, Ezlisa Loy juga berkongsi beberapa video menerusi InstaStory pada pagi Selasa (1 Jan) yang merakam majlis berinai kakaknya.

Ezlisa kemudian memuat naik gambar Elfira dalam gaun serba putih di atas pelamin bertemakan taman.

Astro Awani melaporkan selain majlis nikah, pasangan itu akan mengadakan majlis jamuan pada setiap hujung minggu pada bulan ini.

Media tempatan itu juga difahamkan Elfira memilih beberapa pereka fesyen terkenal Malaysia untuk menghasilkan busana perkahwinannya termasuk Rizman Ruzaini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @AisVanila

Kredit astro gempak / berita mediacorp.

Hantar Komen